Followers

Thursday, December 24, 2009


Polong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi anda tenung balik lah muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.


Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol, lipat ketupat, jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la kononya yang paling tinggi di muka bumi.Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak. Anda boleh mengulanginya berkali-kali macam sarkas.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah lah dapat penampar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...


SELAMAT MENCUBA HE HE...

Monday, December 21, 2009



Menjejak Seberkas Nur

Diperjalanan Aku
Pada setiap langkah
Ku cuba menghitung garis-garis tapak
Dari kacamata sang sufi


Diperjalanan Mencari
Mengimbau ranjau suka-duka
Ada tanda Ia
Pada setiap gerak jemari


Diperjalanan Hakikat
Ku pohonkan pimpinan
Menorowong seberkas cahaya
Dari gapaian mohon keampunanMu


Diperjalanan KeredohanMu
Dari ketafakuran hati
Ku sujud pasrah
Mohon kasihmu



Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

Nukilan, MISA


Sunday, December 20, 2009

PERKONGSIAN " DIORANG KATA ..."



Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Kerana ianya mungkin memudaratkan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Kemungkinan berkuman dan dikononkan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (susah)
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH.
Nanti rezeki kita dahlah tak berkat dikongsi syaitan pula.

Jangan keluar rumah
Tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Memalukan dan dikononkan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata menyantap benda-benda negatif.
Nanti diri diseliputi dosa dan gelap hati.


Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memberkati diri
dan memurahkan rezeki.


Jangan sekali-kali menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Amin....

;;