Followers

Thursday, September 29, 2011

DAKWAH TUNTUTAN SIAPA ?

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu."

Berdakwah sememangnya merupakan tuntutan agama. Ayat ini adalah perintah jelas bagi setiap orang muslim dalam melaksanakan ibadah tidak dikaburi dengan persepsi semestinya perlunya kekuatan ekonomi, pengaruh hatta kesediaan yang lebih dilihat berupa alasan atau kealpaan. Dalam perlaksanaan ibadah salurannya adalah sangat luas dari sekecil usaha seperti mendoakan sesuatu kebaikan pada setiap kesempatan hinggalah membangunkan sesuatu usaha bagi meransang sesuatu gerakkan dakwah. Anehnya kebanyakkan kita apabila ditanya tentang sumbangan dakwah lebih berretorik kepada keperluan ekonomi, ilmu serta masa dan sebagainya, yang diperlihatkan seolah ianya satu-satunya syarat bagi sesorang dalam berperanan melaksanakan dakwah. 



Malangnya lagi, kebanyakkan kita menunding jari kepada golongan tertentu yang seolah hanya mereka saja diberi yang berkewajipan menjalani perintah Allah ini. Hakikatnya sebenarnya manusia kini, lebih leka menghayati irama keduniaan yang bertunjangkan kepada kejayaan dari konsep kerjaya, kekayaan maupun kegahaan. Persoalaannya siapakah yang bertanggungjawab memberi kesedaran dan apakah kaedah yang paling berkesan dalam menangani permasalahan umat kini, yang dilihat telah menjadi bara dalam sekam. Apakah ianya bersumberkan dari pengaruh persekitaran, didikan keluarga atau kegagalan system pendidikan kita . Bagaimana pula mereka yang telah yang membaca dan menyedari masalah ini, masih termanggu. Tentunya ianya berbalik kepada apakah kita berperanan sama menjalani tuntutan agama.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu."

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates